Serangan Jepun ke Tanah Melayu dilancarkan serentak dengan serangan ke atas
Pearl Harbour. Serangan ini diketuai oleh Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki
selaku pemerintah pasukan tentera ke-25, Sosako Suzuki sebagai pembantu
kanannya dan Timbalan Laksamana Jisaburo Ozawa sebagai pemerintah operasi laut.
Bagi memastikan serangan ke Tanah Melayu mencapai kejayaan, Jepun telah
membahagi-bahagikan tenteranya kepada beberapa Divisyen. Organisasi yang diatur
adalah berkonsepkan “The Square Divisyen” yang mana setiap Divisyen mempunyai
dua Briged. Sementara setiap Briged mempunyai dua Rejimen yang dikenali
sebagai Kumpulan Infantri (Infantry Group). Setiap Rejimen pula akan
disokong oleh sebuah Batalion Infantri dan satu unit Jurutera yang berkuatan
satu Kompeni. Pasukan tentera ke-25 mempunyai tiga Divisyen infantry
iaitu Divisyen ke-5, Divisyen ke-18 dan Divisyen Pengawal Imperial yang
mengandungi 50,000 orang, kereta kebal sederhana 80 buah, kereta kebal kecil
100 buah dan sebuah pasukan meriam yang kuat. Divisyen ke-4 diletakkan sebagai
pasukan simpanan dan dianggarkan memiliki 80,000 ribu askar penggempur.
Pasukan
udaranya pula memiliki 450 buah kapal terbang dan tentera laut mempunyai dua
buah kapal terbang tentera laut (Mohammad Isa Othman,1992). Pesawat udara yang
digunakan adalah dari jenis Mistsubishi Type O, yang dikenali sebagai Zero atau
Zeke. Pesawat ini mempunyai kelajuan 351 batu sejam dan boleh mencapai had
ketinggian 33, 000 ribu kaki. Pesawat pengebom pula digelar “ The Val, The Kate
dan The Betty”. Manakala bagi tujuan pengintipan, pesawat jenis Reconniessaince
100 Type digunakan. Bagi tentera laut, Jepun memiliki berkaliber 14 inci dan 18
inci sementara kapal yang dinamakan “Marus” digunakan sebagai kapal
pengangkutan. Jepun juga menubuhkan pasukan “Mountain Unit” iaitu pasukan yang
berkemahiran dalam teknik-teknik mendaki gunung serte melincur ais. Perlatan
khusus termasuk artileri ringan dibekalkan bagi kumpulan ini untuk membantu
dalam operasi di kawasan pergunungan. Selain itu, sebuah unit penggempur
khas ditubuhkan yang dinamakan “ Takko Unit”. Unit ini berfungsi sebagai
kumpulan penggempur dan bersedia untuk semua tugas ofensif. Kumpulan ini juga
boleh dikatakan sebagai kumpulan berani mati kerana mempunyai daya juang yang
tinggi dan bersedia untuk membunuh diri jika keadaan terdesak.
Serangan
ke atas Tanah Melayu dilakukan dari tiga arah iaitu di Pattani, Siam dan Kota
Bahru. Divisyen ke-5 di bawa pimpinan Leftenan Jeneral Takoro Matsui diarah
untuk mendarat di Songkhla dan Pattani. Pasukan ini kemudiannya akan mara ke
Kedah dan Perlis serta ke selatan dengan memasuki negeri-negeri di pantai barat
iaitu Perak, Selangor , Negeri Sembilan,Johor dan akhirnya ke Singapura.
Divisyen Pengawal Imperial yang diketuai oleh Leftenan Jeneral Takuma Noshimura
juga mendarat di Siam. Pasukan ini diarah menyusul dari belakang Divisyen ke-5
sebagai pasukan simpanan dan bergabung dengan Divisyen ke-5 di Perak, sebelum
mara ke selatan. Divisyen ke-18 di bawa pimpinan Leftenan Jeneral Mtaguchi akan
mendarat di Kota Bahru, Kelantan dan kemudiaanya bergerak ke Terengganu,
Pahang, Johor dan akhirnya Singapura (Mohamad Isa Othman,1992). Serangan jepun
ke Tanah Melayu bermula pada 8 Disember 1941 dengan pendaratan Divisyen ke-18
di Kota Bahru, Kelantan. Pendaratan pertama dilakukan pada jam 12.25 pagi
melalui muara sungai Pengkalan Chepa( Kuala Pak Amat) oleh Kompeni ke-11,
Rejimen 56. Pegawai Pemerintah British di Tanah Melayu telah
mengkhabarkan berita pendaratan tentera Jepun di Kota Bahru kepada Pesuruhjaya
Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Sir Shenton Thomas kira-kira satu
setengah jam kemudian (1.55 pagi).
Divisyen
ke-5 tentera Jepun juga mendarat di Singora (Songkhla) pada hari yang
sama. Pasukan ini diarah mara ke selatan dengan menggunakan dua jalan iaitu
dari Singora ke Alor Star dan dari Pattani ke Kroh. Selepas mendarat di utara
dan pantai timur, tentera Jepun telah mara ke selatan sehingga ke johor Bahru
tanpa menghadapi tentangan daripada tentera Pihak Berikat. Pada 8 Februari
1942, tentera Jepun telah mendarat di Singapura pada kira-kira jam 8.45 malam.
Namun begitu, serangan tentera Jepun ini telah mendapat tentangan daripada
barisan pertahanan Briged Infantri India ke-44 dab Briged Australia ke-2.
Menjelang awal pagi pada 15 Februari 1942, seluruh Tanah Melayu termasuk
Singapura telah berjaya ditawan oleh tentera Jepun. Leftenan Genaral Athur Ernest
Percival memutuskan untuk menyerah diri secara rasmi kepada Pemerintah Tentera
Jepun iaitu Lefenan Jeneral Tomoyuki Yamashita bersama-sama dengan 60,000 orang
tentera British yang masih lagi tinggal pada jam 7.50 malam bertempat di Ford
Plant, Bukit Timah, Singapura. Penyerahan diri ini menunjukkan bahawa
bermulanya pemerintahan Jepun ke atas Tanah Melayu. Jelas bahawa hanya dalam
tempoh 70 hari sahaja, tentera Jepun telah berjaya menguasai Tanah Melayu.