sej

Monday, January 14, 2013

kesan pendudukan jepun di tanah melayu



Kesan Ekonomi
Akibat daripada pendudukan Jepun, Tanah Melayu terpaksa menghadapi tekanan ekonomi yang sangat teruk. Dasar Jepun yang memonopoli ekonomi Tanah Melayu menyebabkan penderitaan kepada rakyat. Perlombongan dan perniagaan dikuasai oleh pihak Jepun menyebabkan orang-orang cina dan Eropah kehilangan hak terhadap perniagaan mereka. Jepun juga turut menguasai ladang kelapa sawit dan kelapa mengawal penjualan getah menyebabkan perusahaan getah tidak berkembang pada waktu itu. Beras yang menjadi makan utama juga dikawal. Jepun juga mengamalkan dasar pintu tertutup dengan tidak menjalinkan hubungan dengan pihak luar. Kesannya, barangan tidak dapan dieksport dan juga dimport. Akibat daripada ketiadaan hubungan perdagangan  dengan kuasa luar, Tanah Melayu menghadapi dua masalah besar iaitu masalah kekurangan makanan dan kehilangan pertukaran mata wang asing.
          Oleh itu Jepun menjadikan bidang pertanian sebagai satu kegiatan umum bagi mengatasi masalah kekurangan bekalan makanan. Penduduk tempatan juga digalakkan untuk melibatkan diri dalam pertanian sara diri iaitu menanam bahan-bahan makanan sendiri yang cepat mengeluarkan hasil seperti sayur-sayuran, buah-buahan dan ubi kayu. Namun begitu, usaha yang dilakukan oleh Jepun untuk memulihkan ekonomi Tanah Melayu semakin lumpuh kerana kurang mendapat sambutan. Akibat daripada itu, Jepun telah mengadakan kawalan harga pada bulan Mei 1942.  Pada bulan April 1943, Jepun telah memulakan catuan ke atas pembelian beras di mana setiap keluarga hanya diperuntukan beras sebanyak dua gantang untuk keperluan sebulan. Kesannya, penduduk tempatan terpaksa beralih kepada makanan lain seperti ubi kayu, keledek dan juga keladi.  Kekurangan bekalan makanan juga telah menyebabkan kenaikan harga yang melambung dan menimbulkan masalah inflasi. Permintaan yang bertambah berbanding dengan barangan yang ada menyebkan barangan di pasaran semakin tinggi. Kegiatan pasar gelap juga semakin berkembang. Pemerintah Jepun mencetak “Duit Pisang” atau Wang Pokok Pisang dengan banyak untuk mengatasi masalah kekurangan wang tetapi ini lebih memburukkan lagi keadaan dan menjadikan nilai wang Jepun rendah di pasaran.

Kesan Sosial
Akibat daripada tekanan ekonomi, kesihatan rakyat turut terjejas. Hal ini berlaku kerana terdedah kepada pelbagai penyakit dan amalan pemakan yang tidak sempurna. Oleh itu mereka mudah dijangkiti penyakit seperti beri-beri dan bengkak kerana terlalu banyak makan ubi kayu dan kurang makan daging. Kekurangan zat makan menyebabkan jumlah kematian meningkat secara mendadak. Keadaan ini diburukkan lagi apabila bekalan ubat-ubatan tidak lagi dihantar ke klinik-klinik tetapi digunakan untuk keperluan tentera Jepun. Dalam usaha untuk menjepunkan penduduk Tanah Melayu pula, Jepun telah mengabil beberapa tindakan. Antaranya ialah menutup sekolah Inggeris dan memberi tumpuan kepada pelajaran Bahasa Jepun.
Nyayian dan muzik juga digunakan untuk menyebarkan budaya Jepun ke atas penduduk Tanah Melayu. Lagu Kebangsaan Jepun iaitu Kimigayo telah diajar kepada murid-murid sekolah. Jepun juga memperkenalkan penggunaan bahasa Jepun (Nippon-go) bagi menggantikan bahasa Inggeris. Bahasa ini diajarkan di sekolah-sekolah , kelab-kelab sosial dan kilang-kilang. Hari-hari kelepasan am dan juga cuti umum juga dilaksanakan mengikut kepada Negara Jepun. Nama-nama orang turut diubah kepada nama Jepun. Contohnya, orang ramai tidak lagi dipanggil dengan nama Encik Ali tetapi dipanggil Ali san. Semua perubahan yang diperkenalkan oleh pemerintah Jepun menerusi dasar Niponisasi ini berlaku secara meluas di Bandar-bandar.

Kesan Politik
Kemenangan orang Jepun telah menaikkan semangat orang Asia yang selama ini menganggap British tidak boleh dikalahkan. Sekaligus ini menaikkan semangat kebangsaan Negara di Asia. Di Tanah Melayu, Jepun tidak lagi menggalakan perkembangan nasionalisme kerana ingin menjadikan Tanah Melayu sebagai tanah jajahannya. Parti politk seperti Kesatuan Melayu Muda (KMM) juga terpaksa di bubarkan apabila Jepun mengharamkan kegiatan parti politik. Kegiatan parti politk hanya digalakkan ketika Jepun hampir kalah. Atas asas inilah nasionalis melayu digalakkan menubuhkan KRIS atau Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung  atau kekuatan Rakyat Istimewa. KRIS merancang untuk merdeka bersama Indonesia seperti yang dijanjikan tetapi tidak berjaya dilaksanakan. Pendudukan Jepun juga telah memberikan pengalaman dan peluang dalam bidang pentadbiran terhadap orang-orang Melayu. Ini memberikan kayakinan kepada mereka untuk mentadbir Negara sendiri.